SALAM NUZUL QURAN...


Sebelum iman memulakan entry iman yang terbaru, iman nak ucapkan salam nuzul quran kepada semua umat Islam kat dunia nie...erm ibu ayah iman x cuti....sbb ibu keje kat kawasan wilayah, so wilayah x cuti nuzul quran, ayah laks tmpt keje ayah x amik cuti nie...hehehehe tggllah iman dgn mak ngah & fmly, dan cousin iman y lain....



Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

PENDERAAN TERHADAP AYAH...

31hb Ogos 2009, bukan mencatat satu sejarah jer dalam hidup iman, tapi 2 sejarah....Sejarah pertama syukur pada Allah sbb iman masih dapat hidup dlm negara y penuh aman dan damai...dah 52thn negara kiter merdekakan...Betol kiter merdeka dari penjajahan..tp hakikat realiti kehidupan sebenarnyer kiter telah di jajah dr segi budaya dan pemikiran...Ramai y terlalu pandang ker hadapan . terlalu berfikiran terbuka tanpa di sedari pemikiran kiter itu telah pun di jajah.....sebaba terlalu berfikiran terbukalah makin bertambah gejala sosial di negara kiter... Kiter nak salahkan siapa dlm hal mcm nie...tepuk dada tnylah hati....

Erk iman bukan nak citer pasat kemerdekaan negara sbnrnyer, tp kisah penderaan ke atas ayah iman....bkn ibu yang dera ayah...tp heheheehh anka sayang ayah nie....mcm nie al kisahnyer, pagi 31hb tue, iman bgn awal, so imanlah jadi tukang kejut kat dlm umah tok tue, ngan mulut iman y comel nie...kejut ibu, kejut ayah...ibu jer bgn, so ibu bawak iman kuar...tgk kat ruang tamu xde sesapepun...cume mak ndak jer, tgk konsert CT. erm imanpun berjalanlah masuk bilik......tetibe "AYANGGGGGGGG!!!! IBUUUUUUUUU", berlari ibu masuk bilik sbb terkejut dgr ayah menjerit...Heheheh iman dh tuang air panas atas ayah....terkejut ayah dr mimpi y lena....Ops sorry ayah... ibu dah pandang iman lain mcm, cek ayah teruk ker melecur, nasib air tue x panas sgt, kalau x kesian ayah....Ibu dah membebel kat iman, ialah bahayakan air panas, kalau kene kat iman mcm mane,org x salahkan iman, org akan salahkan parents....

Nasiblah ayah x melecur, juz terasa pedih skit jer, ibu angkat plus air panas tue ngna bakul semua....smbl tue mulut mengomel, ( berleter)....hehehe nak marah lelebihpun bkn iman paham, ialah iman kan kecik g, bila nak salin air panas lain, tgk plas air dah pecah berderai...laiklah ibu berangin...per lah ank ibu dah wat nie...baru sorang kalau ramai...eeeeeeeeeeeeeeee

So nak x nak, tgh hari tue ibu ngan ayah terpaksa lah kuar g cari plas air sbb mlm nie nak balik KL, kalau xde air panas mcm mane nak wat susukan....iman bkn minum susu sejuk...sorry ayah, ibu....iman xtau menda tue bahaya...

APE IMAN BUAT....

Sepanjang 2 minggu nie sebenarnyer ibu iman di serang satu penyakit misteri...hehehe bkn terukpun, juz penyakit MALAS nak update blog. Bukak jer blog, rase nak muntah, bukak jer blog terasa mata nie nak terlelap...adush....mmg malaslah....sorrylh kengkawan erk...Korang rase ibu iman nie terkene buatan org x???Padahal hujung minggu iman mmg sibuk...minggu lepas iman balik kg ayah kat pahang...jumper tok ngan tok wan...iman smp pahang dh petang dlm kol 6...kat sini diorang berbuka awal tau...7.16 dah berbuka mmg bestlh...tp mase smp tue, mmg letih sgtlh...pastu still terasa mase berjalan dgn lmbt.

Tok masak simple jer ari pertama berbuka kat pahang, sbb tok kate td tok g tolong morre utk masjid...so amik lauk y dah masak + 2-3 lauk...tp alhamdulillah mmg kenyang....2nd day kat umah tok, kitorang mkn nasi minyak...hehehe -3 kali gak tmbh, sndat perut di buatnya...lepas dah rehat 2-3 jam, kitorang smbg makan laik...hehehe ibu mmg suka mkn nasi minyak tok + ayma smbl tok...ibu kate rase dia lain..hahaha memacam ibu nie ckp jerlah ibu mmg suka makan...

Mlm tue tok bwk iman pergi tempah baju...ialah nak rayakan...so tok belikan 2-3 pasang kain utk iman, erm iman nie penakut org skit, mase tok chom tue nak ukur badan iman, tetibe.... petir berdentum-dentam, hujan turun dgn lebatnyer....( iman menangis x ingat dunia ) hbs riuh satu rumah tok chom...hhaahahahah ibu gelak jer....Ibu siap perli laik, nak wat camner, anak ayahkan...perangai pun mcm ayah ler...hehehe ayah mase kekecik mmg takut org...

Hari ker-3 kat umah tok iman dah wat pedajal kat ayah, hehehe aper dia..nnt iman citer kat next entry erk...

THANX ACIK CHUGIE...



Iman dapat award nie dr acik chugie...hehehe terima kasih acik chugie sbb sudi bagi iman award nie....

HADIS TIPU???

Aku tak taulah sama ada korang pernah dengar atau tidak pasat nie, tapi ini aku dapat drp sebuah blog aku baca semalam b4 aku balik....berkenaan dengan fadhilat terawih di bulan ramadhan.....Sebenarnyerkan hadis yang mengatakan pasat fadhilat nie x dpt di sahihkan memana ulama² dan org cerdik pandai agama....Hadis ini adalah hadis palsu.....kalau korang x percaya korang klick kat SINI

Eeeeeeeee memacam kan zaman skrg nie, hadispun diorg nakpalsukan, kita yang umat akhir zaman serba kekurangan ilmu dan pengetahuan nie, selalu jer tertipu...mcm manalah anak² kita nantikan...semoga kita dapat bimbing seluruh keturunan kita ker jalan y di redhaiNya...amin
Tapi pas dah tau nie jgn lah korang malas lak nak wat terawikh, sbb dalam bulan ramadhan nie semuanyer yang terbaik buat umat Rasululullah s.a.w, mungkin kiter x dpt ganjaran mcm y di sebut² dlm fadhilat tue, tp kita dapat lebih drp itu.....mana kita taukan....bak kate ZURA dlm blog dia, kelebihan ramadhan nie kan banyak.....

LAMBAT @ WAT² LAMBAT...

Heheheeh hari nie ibu lambat g opis, dapat lak peluk anak sayang ibu..pergh lena...Ibu bgn awal dah dlm kul 6.50 b4 ayah g keje..pas ayah g keje, ibu smbg peluk anak ibu,pastu teringat lak kat opis ibu mmg xde keje, semua dh settle....laiklah rase mcm mls nak g keje....melayan perasaan mls + peluk anak ibu, sesedar dh pukul 8.45...hehehe terus ibu gagahkan diri gak bangun, mandi...siap mandi jer dengar sayup² suara anak ibu, ooooo dah bgn sayang ibu nie....sementara tunggu ibu siap iman lepak atas katil laik...

Smp opis jer dah pukul 9.20, ibu tgk ade 2-3 keping kerja atas meja ibu, ingatkan nak ler wat lelambat...tp bos ibu lak dah sound suruh settle menda tue dulu, akibatnyer skrg ibu dah xde keje..uwaaaaaaaaaaaaa nak wat per nie.....bosan tollah!!!!!

PUASA KER??????

Hari nie dah 3 hari kita berpuasa kan.....puasa x korang???? alhamdulillah setakat nie walaupun xde lah larat sgt tapi masih dapat menjalan ibadah puasa nie..ialah bkn selalupun kan dapat rase puasa nie, setahun sekali jer...kalau puas sunat tue rasenyer lain dan dugaannyer lain...Korang perasan tak kalau puasa dlm bulan ramdhan al mubarak nie ade kemeriahan nyer tersediri....nak cakap mcm mane erk, susahlah nak luahkan dgn kata², tp bila sebut jer ramadhan perasaan tue mesti berubah dan kemeriahan dia lain kan.....

Dalam bulan ramadhan nie hari² ada pasarkan, tp bukanlah pasar basah cuma pasar makananjer...@ orang2 sekarang panggil bazar ramadhan...
Erm citer pasat bazar laks, time nielah kalau nak jumper makanan y pelik², actually bknlah pelik manapun, cuma kuih drp negeri lain pun kiter leh dapat kat bazar kiter kan...korang raselahkan kalau wat ranking kuih@ mknan mana y akan paling dapat sambutan bulan puasa nie erk.....

Kalau mcm kat rumah iman, kuih y paling wajib ada, adalah murtabak....kekadang smp 5-6 keping murtabak...sebabnyer time nie jer kitorang menikmatinyer...kalau bulan² biasa mcm nmpk x nmpk jer murtabak nie, wlpn ade di jual kat pasar mlm tp kitorang x heran sgt...cume time bulan puasa jer kitorang mcm gila skit ngan murtabak nie....

Laik satu solat terawikh, dulu mase ibu kecik², ibu cerita hbs jer berbuka puasa, solat maghrib dah x menyabar nak g terawikh....padahal blum laik masenyer...ibu kate time nie lah leh jumper kengkawan, pastu ibu mesti g ngan mak ngah same mak long...bkn buat 11 tau, tp smp 23 rakaat sekali ibu wat, sbbnyer...hahahahaah pastu leh mkn. Seronokkkan zaman kekanak ibu dulu...tp sekarang ibu ckp, x ramai bebudak y ade semangat mcm tue, bebudak skrg lebih suka habiskan mase kat rumah jer....

Balik dr terawikh x sabar nak tunggu esok, sebab nak puasa laik, nak merayap kat bazar ramadhan laik....hehehe tapi kalau time x sekolah tue melepek jgn ckplh, 1 jam sekali mandi, pastu lame jer duduk dlm bilik air....hehehe pernah ade satu ari tue kat sekolah dlm bulan puasa ibu cerita, penat punyer pasat + main x ingat dunia..ibu siap minum air paip laik, + mkn kuih donut, pastu lek umah atuk tny puasa x....dgn x rase berdosanyer ibu jawab puasaaaaaaaaaa...hahahaah tp tue mase kekecik, zaman sekolah rendah...Bnyk laik kenangan mase kecik ibu waktu puasa...tp y pasti ibu kate x same dgn budak skrg berpuasa....